Assalamualaikum.. Tau x yg kucing2 makan rumput? gamba kat kotak produk yg sy beli Pelik untuk yang first timer mcm aku tapi benar ,kucing pun makan rumput didalam dietnya sendiri. Namun begitu tiada apa yang dapat membuktikan alasan ataupun sebabnya kucing memakan rumput secara saintifiknya. Kita juga mungkin pernah terlihat kucing akan menghidu rumput-rumput di halaman kemudian akan mengunyahnya. Jenis rumput terbaik untuk kucing: Dikenali di kalangan pembela & peminat kucing,rumput ini dipanggil sebagai"CAT GRASS". Cat grass adalah rumput yang berasal dari bijibenih bijirin "oat" ataupun gandum iaitu sama dengan bijirin sarapan pagi yang kita makan di waktu pagi. Apabila bijibenih bijirin oat ataupun gandum disemaikan ianya akan tumbuh berdaun hijau yang kaya dengan dengan klorofil,antioxidant,vitamin ,mineral serta amino asid. Namun begitu tidak dipastikan samada kucing juga mengambil faedah dari sumber-sumber ini setelah memakannya. ...