TIPS PERSEDIAAN ANAK TAHUN 1

Assalamualaikum..

[pendekar bonda waktu darjah 1]


Dalam mood cuti sekolah nie..mesti parents tengah duk calculate budget untuk alat tulis anak2 kan..
Masing2 tentu buzy n alert dengan mana2 sales untuk uniform sekola n alat tulis kan.. Lebih2 lagi anak sulung baru nak masuk darjah 1 kan..

So...akak ada beberapa tips, pandangan n cadangan untuk uolls..kalo xsuke jgn kecam tau...huhu

👔 PAKAIAN 👔

1. Bukan dari jenis kain yang licin
sebab bila baju anak2 ni dari jenis kain yang licin, kalau tertumpah kuah susah nak hilang cer try eziclean..hehe,   tapi kalau dari jenama2 yg mahal2 agaknya selesa lah kot..akak biasa2 je.. jenama Jony & Jeny beli kat hari2

*lagi satu..bila bahan kain licin, tangan baju (anak perempuan👧/baju melayu sekola agama) susah nak di lipat [ kalau tangan baju tu ngam pun, better di lipatkan jugak sebab xlah kotor diseret kat meja dan nampak lebih kemas]

2. Tudung : pakaikan tudung yg dari jenis lycra  selapis je..kalau tertelangkup lah tudung tu..senang cikgu nak betulkan kalo 20org murid semua dr kain licin tertelangkup pulak, jenuh lah cikgunya lagipun tudung selapis ni senang murid nak uruskan sendiri (praktis siap2 cara nak pakai tudung beserta anak tudung/cerkupnya sekali)

3. Seluar dan samping : Latih anak2 lelaki untuk buka seluar/samping dorang dengan kaedah2 yang betul..kiranya bila dah bukak tu...pakainya semula ikut step dan terletak seperti sediakala la...

*praktiskan siap pakai unform sekola tu..ke toilet..pastu nak urus uniform tu macamana & besedia dengan sebarang kemungkinan..buat latihan siap2 cara nak handle kalau toilet sekola xde getah paip or xde baldi or sebagainya..

*seluar sekolah agama kat bahagian lutut tu elok prepare siap2 jahitkan double kat lutut je..biasalah kan..hero...

*seluar sekolah jangan yang jenis butang..baik yang zip (berseluar kecik yer anak2) ..nak lagi baik..jenis getah je..supaya mudah cikgu nak uruskan andai sebarang kemungkinan terjadi..huhu..

4. Kasut : Tulis nama dan tandakan sekali [ kalau kat tepi sisi kasut tu dah tulis nama, kat lidah kasut tu buatlah bintang ke bulan sabit ke, bulat2 ke sebab bukan anak kita sorang je nama AHMAD uolls...sekali dalam kelas tu ada Ahmad Nu'man, Ahmad Mu'min, Ahmad Afnan, Ahmad Hudzaifi, Ahmad Zunnun, Ahmad Baihaqi, Ahmad Taqiuddin, Ahmad Fathi, Ahmad Redha, Ahmad Dzu Aryanuddin dan sebagainya lagiii....habislah kalau kasutnya hilang dan semua pun tulis 'AHMAD'...haiiyyyooooo 


📏📘 ALAT TULIS 📘📏

1. Tulis nama, tampal sticker, buatkan tanda lepastu tunjuk pada anak2 ni...eloknya masa kita tampal nama tu..dia pun join..so dia kenal dengan barang2 dia..bukan apa uolls..

kadang2 ada la pensil warna sekotak jatuh dalam kelas..da jelas2 ada nama 'SYAIKHOH' ..tapi bila cikgu tanya si Syaikhoh ni beriya- iya xmengaku..alahai..cikgu ni kesiankan mak ayah awak yang membelinya tuh...huhu

2. Jangan beli yang unik sangat2..contohnya pensil mekanikal...nak2 pulak hujungnya tu ada lego bagai...takpun pemadam yang bentuk cupcake...takpun peraut yang bentuk lori minyak...paling best...bekas pensil bentuk kereta..ataupun yang ala2 trasformer...boleh bertukar bagai... sebab...boleh jadi gaduh dan anak2 ni hilang tumpuan pada cikgu dalam kelas..kadang2 pemadam yang berbentuk dan unik2 ni...bila digunakan...tak bersihpun malah boleh koyakan buku...

3. Gam.Sediakan gam jenis sticks supaya senang diurus dan tidak mencomotkan buku, pakaian, tangan dan muka anak2 ni.. 

4. Pensil Warna & Pemadam adalah yang acapkali ghaib. uolls bersedialah yer..tapi nanti dah tengah2 tahun..Pensil pulak yang selalu hilang ...hihihi..

5. Bekas pensil. Saya suka kalau murid guna yang jenis kain dan berzip. Sekarang lagi lah..ada yang bekas pensil zip (kawan saya di FB : Zarina Wahid, dia buat) itu lagi senang sebab praktikal..murid tak terbelek-belek bekas pensil bila nak mula menulis atau ambil barang dalam bekas pensil. Try la... 


Okay..setakat ni...ni je dulu...nanti akak fikir2 apa lagi isunya ok... 😃


 

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN KEPERLUAN ANAK TAHUN 1