TIPS PERSEDIAAN KEPERLUAN ANAK TAHUN 1

ASSALAMUALAIKUM... :)

{ Doakan anak2 saya cemerlang didunia dan akhirat }

(da update dr yg before :) 

Tatkala kesayangan menjejak usia 7 tahun, pastinya kita sebagai ibu bapa merasa teruja mana tidaknya, kesayangan kita akan memulakan alam persekolahan yang baru lebih-lebih lagi sekiranya si anak itu merupakan cahaya mata pertama.

Namun, adakalanya kerana keterujaan itu menjadikan penyediaan kelengkapan/keperluan kesayangan ini kurang menepati :)

Oleh itu, beberapa tips ingin saya kongsikan bersama kalian ...

PAKAIAN SEKOLAH

1) BAJU. Tidak perlu dipakaikan baju did alam untuk anak lelaki dan sangat digalakkan untuk anak perempuan.

2) STOKIN. Selalunya getah stokin tidak bertahan lama dan menjadi cepat longgar. Saya mencadangkan anda membeli stokin yang terlihat padanya getah stokin ke entah corak ke ape seperti jalur menegak di panggalnya

3) TUDUNG. Pakaikan kesayangan anda dengan tudung dari bahan jenis lyca/jersey (satu lapis) kerana ia mudah di urus. Jangan lupa anak tudung (cerkup) . Kesayangan anak mungkin nampak comel dengan tudung dari bahan kain yang licin dan 2lapis tetapi bila disekolah selepas masa pertama, mungkin kecomelanyya tidak lg menepati :) . oh yer....xmo gunakan kerongsang/pin2 yer .. :)

4) SONGKOK. Elok di tuliskan nama/tampalkan sticker nama di sebelah dalam.

5) KASUT. Tulis nama di salah satu sisi setiap satunya dan tulis tanda di lidah kasut. Almaklumlah...1sekolah tu bukan ada 1je Danish :) . Jangan gunakan kasut bertali, elok gunakan kasut berpelekat velcro dan bagusnya jika ia kasut jenis sarung sahaja (xde pelekat velcro dan xbertali).

6) SELUAR DALAM. Nampak macam kelakar ke bunyinya? ...tapi biasakan kesayangan anda memakai seluar dalam kerana sekiranya dia terbuang air besar, najisnya tidak akan terus terkena pada kain/seluar (lebih mudah diurus). Cantiknya jika anda memang menyediakan sehelai seluar panjang dalam begnya.

*Saya menggalakan anak2 perempuan memakai seluar panjang/legging didalam kainnya.

ALAT TULIS

1) PENSIL. Jenis kayu, yang biasa sahaja. Tuliskan/tandakan dengan namanya pada pensil berkenaan.

2) PEMADAM. Jangan gunakan pemadam berbentuk kek,rumah, mcqueen, binatang atau apa sahaja bentuk. gunakan pemadam biasa sahaja (tanpa gambar berbentuk segi empat) tetapi pemadam biasanya bertahan seminggu sahaja pada tuan asal, jadi anda boleh gunakan alternatif untuk menggunakan pemadam yang boleh di letakkan pada belakang pensil (Eraser Cap). Penggunaan pemadam ini sangat penting kerana adakalanya pemadam ni hanya cantik pada rupa tetapi boleh koyakkan buku dan kadang2 boleh bergaduh :) .
3) PEMBARIS. Yang biasa sahaja, 15cm ...jangan yang 3 in 1 ada game pada pembaris. alamatlah ke lautan berapi pembelajaran dalam kelas tu nanti :)

4) BEKAS PENSIL. Jenis kain, size sederhana, kelihatan biasa-biasa. Bukan berbentuk binatang atau kereta atau yang besi (boleh tersepit uolls, xtangan dia..tgn kawan pulekk) 

5) GAM. Saya lebih galakkan guna gam jenis sticks sebab gam xcomot tapi kadang2 gam sticks xmelekat..huhu...jadi bolehlah gunakan yang muncungnya tajam tu..ataupun yang rasa2nya senang di urus oleh murid sendiri tanpa bantuan. Sebabnya, penggunaan gam ni kadang2 boleh menyebabkan pakaian, tangan, meja dan buku murid jadi rosak kerana gam tu melimpah banyak .

6) PENSIL WARNA. Bertanda nama. 12batang sahaja. Berfungsi dengan cemerlang :) . sebab, bila pensil warna tidak berapa terang/cantik..mengundang kesayangan ini dari meminjam pada kawan dan mengundang pergaduhan kecil.. :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tulis/tandakan semua peralatan/barang anak anda

Tunjuk dan kenalkan pada anak2 anda tentang barang-barang mereka yang telah siap bertanda/bernama

Bekalkan sebotol air (air kosong/mineral) sekalipun kuanti air itu tak pernah berkurang setiap hari (jangan jemu bekalkan :) )

Buatkan/sediakan tag untuk disangkutkan pada beg. Pada tag itu terteranya nama murid, alamat dan nombor telefon ibu,ayah mahupun waris terdekat (kot2 lah terlewat ambil, senang orang yang nak bantu)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERLU TAHU

★ Nama kelas

★ Kedudukan kelas

★ Nama guru kelas

★ Nombor telefon guru kelas

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MURID TAHUN 1 BIASANYA

☀ Terbuang air besar/kecil dalam kelas

☀ Termuntah

☀ Tertumpahkan air

☀ Tidak akan mengaku barang mereka di atas lantai sekalipun tertera namanya :D

☀ Iri hati/cemburu melihat 'kecanggihan' barang kawan yang 'lain daripada yang lain' :D

NOTA LAIN : Bawa tisu basah pada hari pertama sekolah untuk di lap pada meja/kerusi. Guru memang bertugas tetapi mungkin guru kelas anak anda bertugas pada minggu pertama cuti jadi ada baiknya parents bawa :)



P/S : Ini sekadar pandangan peribadi saya walaupun hakikatnya semuanya hak masing2...saya sekadar berkongsi pandangan sahaja :) #jangankecamsaya





Comments