3 AMALAN MURAH REZEKI



TIGA AMALAN MURAH REZEKI

Alhamdulillah, mudah-mudahan dipanjangkan umo kita dan dapat menikmati hari ini dan seterusnya dengan nikmat sihat :)

harini nak share 3 amalan or usaha agar di murahkan rezeki..sebernanya banyak...tp kita bg 3 je yg simple k.. :)

Afdhal diamalkan setiap kali selepas solat fardhu. 


*1. DOA PEMBUKA 12 PINTU*

اَللهُمَّ افْتَحْلِى اَبْوَابَ الْخَيْرِ,
وَأَبْوَابَ السَّلاَمَةِ,
وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ,
وَاَبْوَابَ النِّعْمَةِ,
وَاَبْوَابَ الْبَرَكَةِ,
وَاَبْوَابَ الْقُوَّةِ,
وَأَبْوَابَ الْمَوَدّةِ,
وَأَبْوَابَ الْرَّحْمَة,
وَأَبْوَابَ الْرِّزْقِ,
وَأَبْوَابَ الْعِلْم,
وَأَبْوَابَ الْمَغْـفِرَة,
وَأَبْوَابَ الْجَنَّةِ,
ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

"Ya Allah bukakanlah untukku
pintu-pintu KEBAIKAN,
pintu-pintu KESELAMATAN,
pintu-pintu KESIHATAN,
pintu-pintu NIKMAT,
pintu-pintu KEBERKATAN,
pintu-pintu KEKUATAN
pintu-pintu CINTA SEJATI,
pintu-pintu KASIH SAYANG,
pintu-pintu REZEKI,
pintu-pintu ILMU,
pintu-pintu KEAMPUNAN dan
pintu-pintu SYURGA
wahai Maha Pemurah
dan Maha Penyayang."


*2. DOA DIBEBASKAN SIFAT NEGATIF DAN BEBANAN HUTANG*
اَللهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِن ضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
dari keluh kesah dan kesedihan,
dari kelemahan dan kemalasan,
dari sifat bakhil dan penakut,
dari bebanan hutang dan
orang-orang yang menindas.”


*3. ISTIGHFAR 100 KALI*

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ اَلَّذِي لآ إِلَهَ إِلَّا هُوَ اْلحَيُّ اْلقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
"Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertaubat kepadaNya."

Comments

Popular posts from this blog

TIPS PERSEDIAAN KEPERLUAN ANAK TAHUN 1